Tuesday, March 10, 2020

Rezeki milikmu

Ramai dikalangan kita salah faham tentang kekurangan rezeki atau tidak mencukupi pendapatan bulanan pada setiap bulan, maka ramai jugalah yang akan berusaha until berkerja lebihmasa (overtime) atau kerja sambilan (part time)sebagai tambahan.

Namun tidak ramai yang sedar bahawa setiap usaha yang dilakukan itu perlu berserah dan bertawakkal kepada Allah s.w.t
kerana Dialah punca rezeki seseorang sebenarnya. Bila kita menyedari hakikat ini, maka seriap usaha yamg dilakukan tidak beetunjamgkam niat yang betul.

Berusaha dan berkerja keras itu tidaklah menjadi salah, akan tetapi perlu diseimbangkan antara mencari rezeki dan mencari 'Pemberi' rezeki. Kerana ketidakseimbangan inilah antara sebab tiada keberkatan pada hasil pendapatan seseorang.

Oleh itu, sebagai seorang insan apatah lagi seorang yang beriman niat, usaha dan tawakkal perlu diseimbangkan malah perlu lebihkan mencari 'Pemberi' rezeki dari mencari rezeki iti sendiri.

Kita perlu sedar bahawa, tidak akan mati setiap makhluk itu melainkan setelah sempurna rezeki keatas dirinya. Oleh itu, sedarlah bahawa rezeki adalah ketentuan yang telah ditetapkan keatas setiap makhluk. Bagaimanapun, perintah mengatasi qadar yang telah ditentukan itu.

Mari kita fahami bahawa rezeki telah ditentukan seberapaa banyak atas setiap manusia, bagaimanapun Allah s.w.t tetap perintahkan kita supaya terus berusah dan kerja kuat. Disana terdapat janji Allah dimana limpahan harta dan kemewahan bagi sesiapa yang berusaha dengan gigih dan berkerja kuat.

Bagi seorang yang beriman, tidak memadai kerja kuat dan usaha gigih sekiranya tidak didahulukan denga niat kerana Allah, berserah dan bertawakal kepada-Nya.

Mari kita sama-sama berusaha dengan gigih disamping meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. kita perlu sedar keberkatan itu jauh labih utama dari jumlah pendatan yang dilerolehi tanpa redha Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Cara Profesional Menangani Penolakan dengan Alasan Harga Mahal

 Cara Profesional Menangani Penolakan dengan Alasan Harga Mahal "Produk ini mahal" adalah antara alasan paling kerap diterima oleh...