Sunday, December 6, 2020

KEPENTINGAN PERLINDUNGAN TAKAFUL DALAM KEHIDUPAN HARI INI

 



        

KEPENTINGAN PERLINDUNGAN TAKAFUL DALAM KEHIDUPAN HARI INI  

     Hari ini, perlindungan takaful adalah satu keperluan, dimana setiap daripada kita "wajib" ada atau memilik takaful. Samada HIBAH, PERLINDUNGAN PENDAPATAN, KAD PERUBATAN atau sebagainya. Sekurang-kurangnya ketua keluarga perlu memiliki takaful.

   Untuk memiliki satu perlindungan takaful, seseorang perlu dapatkan nasihat dari seorang perunding takaful yang sah dan berdaftar. Ini bagi mengelakkan dari terjebak dengan penipuan.

     Bagi seorang yang bergelar agen takaful atau perunding takaful

perlulah jujur dan amanah dalam memperkenalkan polisi dan plan perlindungan kepada mereka yang memerlukan. 

     Kerja-kerja takaful ni satu kerja yg berkat insya Allah... kerana apa? kerana kita mengajak saudara se-islam untuk menyertai satu kumpulan untuk menyimpan dalam satu tabungan yang dinamakan tabarruq yg mana tabungan ini merupakan tabungan yg ada instrumen tolong menolong. 

     Dalam takaful terdapat instrumen seperti sedekah,menjaga hak seseorang yang ditinggalkan seperti balu-balu, anak-anak yatim dan sebagainya. Takaful juga dapat membantu para peserta atau orang yang ditinggalkan dalam menyelesaikan masalah hutang-hutang yg tidak sempat dibayar sebelum datangnya musibah seperti kematian.

     Sebagai seorang agent, perlulah sentiasa memperbaharui niat murni untuk memberi kesedaran dan menyampaikan maklumat tentang kepentingan takaful kepada semua yang belum atau masih mencari-cari plan perlindungan untuk diri sendiri atau keluarga mereka.

     Membuat kebaikan dari segi menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan di setiap hari mungkin diluar kemampuan kita, jika boleh pun mungkin cuma pada jumlah yang kecil sahaja.

    Disini penulis mengajak setiap dari orang islam diluar sana mengambil sekurang-kurangnya satu polisi untuk diri sendiri, insya Allah akan mampu memberi keselesaan dan kesenangan seandainya datangnya ujian Allah swt yang tidak terduga oleh kita baik seperti ditimpa musibah penyakit, kemalangan, hilang upaya dan kematian.

Sama-sama kita perbaharui niat murni dan jujur utk mentakafulkn semua org islam insha Allah.


#takafulikhlas

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BELA KUCING... HALAL ATAU HARAM?

  BELA KUCING... HALAL ATAU HARAM? Satu situasi yang sudah bermula lama dulu, dan ini berlaku dimana²...namun belum nampak jalan pengakhiran...