Gambar Hiasan |
Rakan sekelasku di zaman persekolahan dahulu,namanya Din. Kami berkawan agak rapat dan agak lama juga, sehingga kami sama² berhijrah ke kota untuk mencari rezeki selepas selesai penggal persekolahan. Dikota kami bekerja sebagai operator pengeluaran, kadang² jadi pengemas bilik hotel. Orang muda katakan kerja bertukar-tukar bersilih ganti.
Setelah masing² mendirikan rumahtangga, kami berpisah dan terputus hubungan, agak lama juga. Selama tempoh itu, aku tak tahu yang Din dah berubah. Setelah aku dapat
nombor telefonnya, aku cuba menghubunginya, namun setiap kali aku menelefonnya dia menolak untuk berjumpa dengan ku. aku tidak pasti kenapa..! Kami bertemu pada suatu malam ketika aku sedang makan malam di sebuah warung, Din pelawa aku ke rumahnya, rumah sewa bersama rakan². Setibanya di sana aku berhasrat untuk mandi kerana waktu itu sudah malam. aku ditunjukkan bilik air untuk mandi, bilik air terletak diluar rumah namun masih bersambung. Dindingnya hanya tabir yang tidak begitu Sempurna, mudah sahaja untuk aku melihat keluar dari celah² tabir itu.
Aku menukar persalinan mengenakan kain basahan, lalu capai berus dan ubat gigi, ketika aku sedang menggosok gigi aku tergengar bunyi deruan ombak seperti memukul pantai, deruan yang agak kuar. aku mengintai keluar dari celah² tabir bilik mandi untuk melihat ke arah suara deruan itu, apakah ia benar² deruan ombak yang menghempas ke pantai. Ternyata ada ombak kuat di situ...
Aku meneruskan gosok gigi tanpa mengendahkan bunyi deruan ombak yang kadang² mengganas itu, kadang² pula perlahan, silih berganti. Aku andaikan tiada apa yang aneh di situ. Kawan² serumah Din ada di ruang tamu, mereka seolah² tidak mengetahui apa yang berlaku di belakang rumah yang mereka diami sekarang ini. Apakah mereka benar² tidak mengetahui? atau sudah terbiasa dengan bunyi deruan itu..!
Belum sempat aku selesai menggosok gigi, tiba² aku terdengar suara jeritan seorang perempuan, jeritan yang kuat dan menakutkan, seolah² menanggung sakit yang amat pedih...
Aaaarrrgghhhhh...! Aaaarrrgghhhhh...! Aaaarrrgghhhhh...!
Berulang kali aku mendengar suara jeritan itu, makin lama makin jelas. Perasaan aneh mula menerjah benakku, takut..! seram..! silih berganti, tidak kurang perasaan ingin tahu.
Sekali lagi aku memberanikan diri untuk mengintai dari balik tabir bilik mandi itu, aku terlihat tangan seseorang, terkapai² tenggelam timbul bersama badai, begitu juga suara jeritan itu.
Jeritan itu tidak seperti orang kelemasan, tetapi seakan² ia disiksa oleh sesuatu yang aku pun tak tahu apa di sebalik badai yang menggila itu. Rasa seram dan takut mula menguasi diriku, lantas aku capai tuala dan terus masuk ke dalam rumah. Aku lihat kawan² serumah Din tenang di ruang tamu seolah² tidak tahu apa². aku rasa hairan dengan keadaan itu. Berbagai persoalan bermain difikiranku. Apakah cuma aku yang mendengar dan mengalaminya?
"Kami dah biasa dengan suara jeritan itu, kami pun takut tapi kami kesiankan Din, dia masih nak tinggal disini, dia merayu kami supaya tidak berpindah dari sini..." kata salah seorang kawan Din.
"Din tanggung semua keperluan kami, makan minum kami, rumah sewa, bil-bil, asalkan kami tidak keluar darumah ini.." sambungnya lagi.
"Kami pun tak tahu kenapa Din tak mahu pindah dari rumah ni, tapi kami perasan setiap kali Din ada dirumah, kami seakan-akan tidak kedengaran suara jeritan itu.." kata seorang kawan Din yang lain.
Selama aku berada dirumah itu malam tu, Din tiada dirumah, dia cuma membawa aku ke rumahnya, kemudian dia keluar tanpa meninggalkan apa² pada aku, malah tidak memberitahu aku dia hendak kemana.
Aku bertambah hairan bila dengar cerita² dari kawan² Din itu, kenapa suara jeritan itu seolah² mengetahui bila dan ketika Din berada dirumah, lalu dia berhenti dari menjerit.
Ketika aku sedang asyik melayan cerita kawan² serumah Din, tiba² seseorang muncul di depan pintu, lalu masuk dan duduk depan kami. Kami terpaku seketika melihat gelagat lelaki itu, seolah² ingin berkata sesuatu...
"Korang semua orang baru dirumah ni kan?" Lelaki itu mulakan bicara. Semua orang di situ mengangguk, aku masih terpaku di situ, kehairanan kerana lelaki itu tiba² mengajukan persoalan itu sedangkan dia tak tahu pun apa topik perbualan kami sebelum itu.
"Suara perempuan yang menjerit-jerit tu adalah bekas isterinya, dia mati dibunuh dan dibuang ke situ.." kata lelaki itu. Kami semua terperanjat mendengar kata² lelaki itu.
"Kami tidak faham kenapa ia dibunuh? dan kenapa dibuang di situ..?" tanya salah seorang kawan serumah Din.
"Menjerit-jerit pula tu.." sahut seorang yang lain.
Ketika masing² sedang bergelut dengan persoalan, mataku terkebil², terasa macam sedar tak sedar, aku mengiakan saja kata² lelaki itu. Masa itu juga aku terdengar bunyi air di belakang rumah, seperti seseorang sedang mandi di bilik air, aku terkejut bila terdengar sesuatu terjatuh...
Baru ku sedar aku telah bermimpi, tiada bukti bahawa mimpi itu benar walaupun ia berulang...
P/S: Adaptasi dari mimpi yang berulang...
No comments:
Post a Comment