Gambar Hiasan |
Aku sebenarnya menghadapi masalah kekangan masa dan susah untuk fokus bila melakukan sesuatu perkara. Aku telah cuba berkali-kali untuk mengatasinya, tapi fokus hanya sementara, kemudian kembali hanyut.
Kerana itu aku masih di tahap yang sama, tiada kemajuan diri, apa lagi untuk membantu orang sekeliling terutama keluarga. Aku masih gagal mengatasinya. Kekadang aku rasa bosan dengan keadaan ini.
Banyak kisah dan cerita yang aku baca dari tulisan sifu-sifu di media sosial tentang bagaimana untuk mendapatkan fokus, namun aku tetap juga gagal,
aku gagal untuk mulakan langkah pertama...Aku ambil kisah ini dari seorang mentor, tulisannya begini...
Secara dasarnya, jika kita tak dapat untuk fokus, maka kita tak akan dapat result. Suka atau tidak, kita kena dan mesti cari jalan untuk membolehkan kita fokus, tak kira dengan apa jalan sekalipun.
Walaubagaimanapun, kita perlu tahu apa yang patut kita fokus, kita bukan boleh fokus semata-mata kerana kita rasa kita perlu fokus. Untuk dapatkan fokus, mesti jelas misi dan visi terlebih dahulu.
Lebih jelas lagi, kita perlu mengenalpasti terlebih dahulu titik mana yang kita perlu beri fokus yang utama, dan fokus ini begantung pada apa hasil yang kita ingin capai kelak.
Untuk mencapai hasil yang kita inginkan, kita kena tahu Key Activities. Pada masa yang sama kita kena pastikan seluruh resources yang kita ada bertumpu kepada key activity tersebut.
Sebagai contoh, jika kita nak naikkan sales, kita kena fokus pada aktiviti prospecting dan nurturing. Kita tak boleh expect untuk terus naik selling secara mendadak tanpa terlebih dahulu kita fokus laksanakan aktiviti keatas tugasan bagi dua elemen tersebut.
Mengikut hasil dapatan kajian, hanya 3% sahaja prospek yang akan membeli pada kali pertama setelah kita hantar iklan kepada mereka. Jadi sekiranya kita nak ada 100 sales dalam tempoh masa tertentu, kita kena jadikan 100 sales tu sebagai 3%, bermakna 100% akan menjadi jumlah 3333 prospek.
Lebih details, sekiranya kita run ads dan mendapati 3333 leads yang kita cuba close, maka insyaAllah akan dapat 100 sales bagi tempoh itu. Begitulah proses untuk dapatkan sales seterusnya.
Baiklah, apa kita nak buat dengan 3233 orang lagi yang masih belum membeli? 3233 orang lagi tu kita kena buat nurturing. Kita kena buat follow up. Kita kena educate, kerana mereka masih lagi dalam senarai prospek kita. Setelah 2-3 minggu kemudian kita ulangi buat nurturing, 7% lagi akan menjadi pelanggan.
Berapakah jumlah prospek untuk 7% ni?
Lebih kurang 230 orang. Jadi, sebelum ni kita sudah ada 100 sales, dan kini kita ada lagi tambahan 233 sales... jadi dalam sebulan tu kita akan ada 333 sales bersamaan dengan 10%.
Bagaimana dengan 90% lagi prospek yang belum membeli?
Baki 90% lagi, kita terus ulangi buat nurturing dan educate berkenaan produk atau servis yang kita tawarkan. Lama kelamaan, lagi 30% akan jadi prospek, menjadikan 999 orang prospek seterusnya.
Sekarang kita sudah ada 100 + 233 + 999 orang prospek, jadi daripada 3333 prospek yang kita buat nurturing sebelum ni sehingga 90 hari itu menjadikan total prospek yang kita ada seramai 1333 orang daripada 3333 leads yang kita perolehi sebum ni.
Sebagai kesimpulan awal, bulan pertama kita run ads, dapat 3333 leads, anggaran kos run ads sebanyak RM33,000 jika satu leads adalah RM10.
Kita akan dapat 100 + 233 sales dalam bulan pertama. Dari leads ni juga pada bulan kedua akan bawa lagi mungkin dalam 500 sales dan bulan ketiga lagi 500 sales. Tapi dalam bulan kedua kita run lagi ads dan kita akan dapat dalam 333 prospek lagi.
Jadi begitulah kitaran yang perlu kita praktik dalam usaha untuk mendapatkan fokus
Dalam bisnes, bila kita nak buat sales maka kita kena fokus kepada menghantar ads menjual untuk dapatkan 3333 leads dan kita juga kena fokus untuk menghantar ads nurturing supaya dapat lagi 1000 prospek dalam tempoh 3 bulan lagi.
Apa yang di kongsi disini secara ringkas sahaja. Ada banyak lagi strategi yang kita boleh explore dan kaji bagaimana cara nak dapatkan kos ads lebih murah supaya kita tak tenat dalam menjalankan bisnes.
Jom success bersama...!!
Kredit: PotNik
No comments:
Post a Comment