Monday, August 29, 2022

Part 2: AKU TERUSKAN MIMPI YANG TERJAGA...

Gambar Hiasan

    Aku meneruskan langkahku, membiarkan Rena disitu yang masih memerhatikan langkahku kian jauh.  Aku sengaja tidak menoleh kebelakang lagi, bukan bermakna aku tidak mengendahkan perasaannya tapi aku tidak mahu Rena  melihat kelemahan ku sebagai seorang lelaki, menitiskan airmata saat berpisah.

   Malam kian jauh melabuhkan tirai berhiaskan lampu jalan,

daun pepohonan melambai² menghantar aku pulang. Malam yang penuh kesayuan, angin sepoi² mengiringi susur langkahku. Dalam komuter aku terlena, menghilangkan seketika resah dihati. Hakikatnya aku sendiri tidak mampu menahan rasa sebak dan sayu, berat langkahku untuk berpisah dengannya. Harapanku agar dia mengerti...

"Assalamualaikum Rena..."

"Wa'alaikumsalam.. haa Abang dah sampai rumah?"

" Ya, Abang dah sampai ni.." 

   Sudah jadi kebiasaan, aku akan menelefon Rena setelah aku sampai di rumah sewa ku. Aku tak mahu Rena gusar atau bimbang sekiranya aku tidak memberitahunya.

" Abang jangan lupa mandi tau, lepas tu terus tidur.." pesan Rena. 

"Ya, Abang nak mandi la ni.." jawabku ringkas

"Rena dah mandi ke belum ni..?" soal ku kembali. 

"Dah...Rena dah baring ni, penat la bang hari ni..!" keluh Rena. Aku diamkan saja kerana aku juga kepenatan. 

"Abang..! Rena sayang abang tau, sayang sangat..!"  luah Rena. Mungkin sesuatu bermain difikirannya kerana aku tidak memberi apa² reaksi pada keluhannya sebentar tadi.

"Abang pun sayangkan Rena, tak ada orang lain dalam hidup abang, cuma Rena..!" 

"Terima kasih abang kerana sayangkan Rena..!"

"Rena cuma ada abang kat sini tau..!" sambungnya lagi.

"Abang tau sebab tu abang tak nak Rena keluar jalan sorang² terutama waktu malam..!" tegasku.

"Abang..! jom la tidur, Rena dah mengantuk sangat ni..!" ujarnya

   Aku sedar Rena sangat mengambil berat tentang diriku. Sebab itukah aku sangat menyayanginya? Jauh di sudut hatiku Rena terlalu istimewa dalam hidupku. Aku berkorban apa sahaja untuknya.

   Akulah tempat dia mengadu dan bercerita jika dia ada masalah di tempat dia belajar. Ibubapanya tinggal jauh di Borneo. Hanya telefon menjadi pengikat hubungan kasih antara keluarga.

   Malam itu tidurku nyenyak dibuai mimpi. Mungkin Rena juga begitu, kerana kepenatan setelah seharian berjalan meninjau kota Kuala Lumpur. Esok harinya aku berkerja dan Rena pula ada kuliah.

   Hari terus berlalu. Tanpa sedar sudah empat tahun kisah cinta ku bersama Rena terukir. Hubungan kami makin utuh. Kasih sayang bertambah erat dan cinta kian mendalam. Sesaat terpisah, terlalu lama untuk di tempuhi, seolah² tiada esok untuk bertemu lagi.

 


Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BELA KUCING... HALAL ATAU HARAM?

  BELA KUCING... HALAL ATAU HARAM? Satu situasi yang sudah bermula lama dulu, dan ini berlaku dimana²...namun belum nampak jalan pengakhiran...