Gambar Hiasan |
Sayang
tidak keterlaluan jika aku katakan
aku makin menyayangimu
biarpun aku sendiri tidak tahu
sejauh mana kau menyayangiku
sedangkan kau perlu ku fahami sendirinya
yang kau menyayangiku
apakah juga perlu beranggapan begitu?
bagaimanapun hakikatnya
aku menyayangimu
Sayang
aku cemburu
bila ku tahu ada orang lain
yang bukan hakikatnya teman hidupmu
mengungkapkan kata sayang padamu
walau ku tahu katamu
aku yang pertama pada hakikatnya kedua
bukan aku tidak meyakini mu
namun hakikat sebuah perasaan
adakalanya ia berpencak di dasar perasaanku
menguji keikhlasan dalam menyanyimu
Sayang
kepergianmu mungkin seketika
namu bagiku terlalu lama
tidakku tahu siapa teman-temanmu
masakan aku perlu bertanya
kerana aku cuma kekasih yang tak mungkin bersatu
aku katakan, aku tidak rela kau kesana
namun apa dayaku
gusar dihati terus bersarang
fikirkan kenakalanmu
setinggi harapan agar kau terima pesanan
Sayang
seandainya kau benar milikku
takkan ku biar kau bersendiri tanpaku
namun bukan maksudku membatasi langkahmu
sedarlah disaat aku menyayangimu
tiada insan lain dibenakku
hanya kau yang ku sayang..
Kredit: aberider_sempoi
No comments:
Post a Comment