KENAPA BELI EMAS PERLU ADA KOS UPAH?
Masih ramai dikalangan penggemar emas yang belum tahu atau belum faham kenapa pekedai atau peniaga emas ada 'charge' yang dikatakan sebagai kos upah.
Jangan salah faham tentang kos upah ni. Sebenarnya ia bukanlah kos yang di tentukan oleh pekedai atau peniaga, akan tetapi ianya telah ditentukan oleh pengilang.
Kos upah sebenarnya adalah bagi maksud memberi ganjaran kepada tukang emas yang membuat kerja-kerja
menukang, memproses dan merekabentuk emas tersebut sehingga emas menjadi suatu bentuk tertentu sesuai dengan kehendak pengguna atau penggemar emas. Jadi kos upah tu adalah bayaran bagi kerja-kerja pertukangan tersebut.Sebagai contoh harga emas semasa di kedai RM195/gram, harga tersebut adalah harga emas semara-mata tidak termasuk kos upah pertukangan.
Pekedai atau peniaga membeli emas dari kilang dalam bentuk gold bar, jadi gold bar tersebut akan dileburkan dan di proses oleh tukang emas menjadi pelbagai bentuk emas yang boleh dipakai oleh pengguna seperti rantai leher,rantai tangan cincin dan sebagainya.
Kita boleh umpamakan SEPERTI TEMPAH BAJU. Anda beli 4 meter kain dari kedai kain atau pusat textile dgn harga RM25/meter. So bila dah ada kain, kenalah cari tukang jahit untuk buat kain tu supaya menjadi pakaian, kita bayar upah kepada tukang jahit kerana dia akan buat proses gunting, cantum kain, jahit bagi jadi baju atau pakaian.
Harga upah pulak? pastinya berbeza mengikut jenis / fesyen baju. Nak murah, buat baju kurung mungkin RM50 je, nak cantik tambah manik labuci boleh cecah ratusan kan.
Begitu juga dengan emas, contohnya harga segram emas 916 RM185. Nak buat jadi pelbagai fesyen, kita upah tukang emas untuk buat.
Harga? pasti berbeza mengikut jenis dan bentuk, kalau bentuk hollow harganya lebih mahal berbanding dengan padu, sebab pembuatannya lebih rumit. Sama juga jika ada tambahan krom pada emas berkenaan, kerana ia akan jadi semacam dua warna untuk satu barang.
Sebagai KESIMPULAN kos upah adalah mesti dibayar bagi setiap pembelian emas kerana anda telah mengupah tukang emas untuk membuat suatu bentuk kesukaan anda.
Semoga anda semua faham mengapa kalau membeli emas itu mesti ada charge tambahan sebagai upah. Kos upah yang dibayar untuk TUKANG EMAS.
p/s: sape yg tengok sendiri macam mane tukang emas nak siapkn satu² item tu mesti korang insoffff...sakit tengkuk weh nak siapkan satu item tu ponnnn ✌
INGIN BELI EMAS? Klik sisi
No comments:
Post a Comment