Monday, August 29, 2022

Part 2: AKU TERUSKAN MIMPI YANG TERJAGA...

Gambar Hiasan

    Aku meneruskan langkahku, membiarkan Rena disitu yang masih memerhatikan langkahku kian jauh.  Aku sengaja tidak menoleh kebelakang lagi, bukan bermakna aku tidak mengendahkan perasaannya tapi aku tidak mahu Rena  melihat kelemahan ku sebagai seorang lelaki, menitiskan airmata saat berpisah.

   Malam kian jauh melabuhkan tirai berhiaskan lampu jalan,

Saturday, August 27, 2022

Part 1: AKU TERUSKAN MIMPI YANG TERJAGA...

Gambar Hiasan

   Subuh itu aku terjaga sebelum lena, jam di dinding sudah menunjukkan jam lima pagi, titisan embun terus menyiram bumi, membuatkan aku terasa kedinginannya, bertambah dingin lagi hatiku setelah aku tahu tiada lagi bicara bersama Rena setelah fajar memancarkan sinar menyingkap tabir siang.

   Malam itu aku tidak mampu untuk lelapkan mata, terimbau segala kisah yang telah pun berlalu. Saat indah

Friday, August 26, 2022

KEKASIH NAKAL TAMPARULI...

Gambar Hiasan


Sayang

tidak keterlaluan jika aku katakan

aku makin menyayangimu

biarpun aku sendiri tidak tahu

sejauh mana kau menyayangiku

sedangkan kau perlu ku fahami sendirinya

yang kau menyayangiku

apakah juga perlu beranggapan begitu?

bagaimanapun hakikatnya

aku menyayangimu


Sayang

aku cemburu

Wednesday, August 24, 2022

MIMPI...!..! TIADA TERBUKTI BAHAWA MIMPI ITU BENAR WALAU IA BERULANG...


Rakan sekelasku di zaman persekolahan dahulu,namanya Din. Kami berkawan agak rapat dan agak lama juga, sehingga kami sama² berhijrah ke kota untuk mencari rezeki selepas selesai penggal persekolahan. Dikota kami bekerja sebagai operator pengeluaran, kadang² jadi pengemas bilik hotel. Orang muda katakan
Gambar Hiasan


     Rakan sekelasku di zaman persekolahan dahulu,namanya Din. Kami berkawan agak rapat dan agak lama juga, sehingga kami sama² berhijrah ke kota untuk mencari rezeki selepas selesai penggal persekolahan. Dikota kami bekerja sebagai operator pengeluaran, kadang² jadi pengemas bilik hotel. Orang muda katakan kerja bertukar-tukar bersilih ganti.

     Setelah masing² mendirikan rumahtangga, kami berpisah dan terputus hubungan, agak lama juga. Selama tempoh itu, aku tak tahu yang Din dah berubah. Setelah aku dapat

Featured Post

BELA KUCING... HALAL ATAU HARAM?

  BELA KUCING... HALAL ATAU HARAM? Satu situasi yang sudah bermula lama dulu, dan ini berlaku dimana²...namun belum nampak jalan pengakhiran...