Tuesday, November 26, 2024

BELA KUCING... HALAL ATAU HARAM?

 



BELA KUCING... HALAL ATAU HARAM?


Satu situasi yang sudah bermula lama dulu, dan ini berlaku dimana²...namun belum nampak jalan pengakhirannya..

Kenapa terjadi demikian?

Kerana faktor pemakanan seseorang, kerana ambil mudah dalam perolehan makanan dan makan makanan yang "meragukan" menyebabkan hilang sensitiviti kesucian diri dan keimanan...

Dalam soal agama secara langsung, aku yakin semua orang tahu membezakan antara yang baik dan buruk. Apa lagi jika hukum yang QAT'IE

(hukum yang telah jelas ditentukan).

Tapi berapa ramai manusia yang "tidak ambil kisah" tentang sesuatu perkara yang ada perselisihan pendapat. Ambil cakna secara sambil lewa, acuh tak acuh.

Berapa ramai di kejiranan kita, individu yang gemar "bela" kucing dari pelbagai jenis dan spesis, aku tidak ingin membincangkan pasal harga kucing² itu.

Apa hukum membela kucing? 

Tidaklah jatuh kepada haram, kerana sahabat Nabi pun gemar kepada kucing, tetapi tiada riwayat di mana sahabat membawa masuk peliharaan ke dalam rumah.

Aku juga tidak mahu membincangkan tentang membawa haiwan peliharaan ke dalam rumah di sini. 

Satu amalan baik dan terpuji bila seseorang kasih dan sayang kepada haiwan, termasuklah haiwan yang HARAM dimakan dan disentuh sekalipun. Tapi ada batas² yang perlu di titik beratkan.

Apa hukum kucing berak depan rumah? 

Tidak mengapa, kerana fitrah kucing berak dan kambus dengan tanah atau pasir di mana tempat dia berak. 

Itu pun jika kucing² itu berak di halaman rumah orang yang "membela" kucing² itu la 🤣

Tapi HARAM jika kucing² tu berak di atas meja makan tuannya, kucing² tu patut di HUKUM dengan hukuman yang berat.

Bagaimana pula jika kucing² berak di halaman rumah JIRAN²?

Ini antara perkara HALAL yang boleh bertukar menjadi HARAM bila "meletakkan" sesuatu tidak pada tempatnya..

Tidak menjaga hak jiran, dan tidak beradab dengan jiran sekeliling..

Ada berlaku juga kucing berak di atas bumbung kereta jiran..

Ayuh lah.. JANGAN PENUHKAN BUKU AMALAN kalian dengan dosa² yang disengajakan, dosa² yang terkait dengan hubungan sesama manusia tidak "terAmpun" dengan hanya memohon kepada ALLAH.

Apa hukum tangkap dan "buang" kucing² jiran yang berak depan rumah korang?

Cari la sendiri jawapannya...

Terpulang pada kalian samada nak cari hukum untuk membersihkan hati...

Atau nak cari kucing kalian yang telah di buang dan bersihkan halaman rumah jiran...


BELA KUCING ADALAH HARAM...

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BELA KUCING... HALAL ATAU HARAM?

  BELA KUCING... HALAL ATAU HARAM? Satu situasi yang sudah bermula lama dulu, dan ini berlaku dimana²...namun belum nampak jalan pengakhiran...