Dalam banyak-banyak model bisnes yang ada, bisnes online antara model bisnes yang sangat popular pada hari ini.. Boleh dikatakan hampir setiap rumah di Malaysia mula menjalankan bisnes online sendiri secara part-time dan kecil-kecilan selari dengan pertambahan jumlah pengguna internet di Malaysia semenjak PKP bermula..
Ini kerana anda boleh menjalankan bisnes online ini hanya dari rumah tanpa perlu berjumpa sesiapa pun.. Anda juga mudah menguruskannya tanpa perlu menggaji pekerja - malah kos untuk memulakannya juga sangat rendah.. Dengan hanya menggunakan media sosial, anda sudah mampu menjalankan bisnes online tanpa keluar sebarang kos pun!