Thursday, October 13, 2022

Part 3: AKU TERUSKAN MIMPI YANG TERJAGA...

 

Gambar Hiasan


   Setiap kali selepas keluar bersama, aku akan menghantar Rena pulang sampai ke rumahnya. Aku tidak mahu perkara yang tidak di ingini berlaku pada Rena sewaktu dalam perjalanan pulang. Ada juga sesekali aku tidak menghantar Rena sampai ke rumahnya kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan. Rena sangat mengerti keadaan itu.

  "Rena dah sampai mana tu, abang dah nak sampai Shah Alam ni.." aku betanyakan Rena melalui sistem pesanan

ringkas, ketika itu masih belum ada lagi chat seperti whatsapp, telegram dan seumpanya. Rena tidak membalas pesanan ringkas dari aku. Aku dah mula rasa gusar dan tidak sedap hati. 

   Waktu itu jam ditanganku menunjukkan hampir pukul 10 malam. Rena belum membalas sms aku tadi. Aku hanya mampu berdoa agar Rena baik² saja dan sampai kerumahnya denfan selamat. Rumahnya tidak jauh dari perhentian bas, tapi  suasana agak sunyi dan gelap kerana lampu jalan ditutupi oleh dedaun pokok angsana yang merimbun disitu.

    Aku melangkah longlai menuju ke perhentian bas setelah keluar dari Komuter. Dibenakku hanya terfikirkan keselamatan Rena. Tidak pernah, dia bersikap demikian sebelum ini lambat membalas sms dari ku. Bas tiba agak lambat pada malam itu, aku ambil keputusan untuk berjalan kaki saja kerana rumah aku tidak begitu jauh, anggaran dua puluh minit berjalan kaki.

   "Tit..tit.." bunyi notifikasi di telefon aku. Sudah menjadi kebiasaan, aku hanya menggunakan nada dering notifikasi yang mudah di dengar, apa lagi telefon aku cuma model biasa saja.

   Aku membuka telefon Nokia 3310 milikku, melihat beberapa sms dari nombor yang aku tidak kenali. Aku baca satu persatu mesej yang diterima, aku tersangat kenal tulisan itu.

 " Abang, Rena kena ragut masa berjalan lepas turun bas td" beritahu Rena. Berderau darahku bila baca sms itu. Bertambah berkecamuk dalam fikiranku. Bagaimana keadaan Rena sekarang? ada apa-apa kecederaan atau tidak? siapa yang selamatkan dia? Semua persoalan itu menerjah ke benakku berlalu-talu, namun tiada satu pun jawapan.

   "Abang, Rena pinjam henfon kawan ni, Kak Anne nak sms abang" jelas Rena. 

   "Rena dimana sekarang ni, dirumah atau balai polis? aku bertanya Rena dengan cemas.

   "Rena dah sampai rumah bang, tapi semua barang Rena dah tak ada la kena ragut, henfon Rena pun"  jelas Rena lagi

   Di hujung talian, aku dengar suara Rena cemas dan ketakutan. Aku cuba pujuknya agar bertenang dan sabar. Apa yang hilang tu biarkan, asalkan dia selamat dan tiada apa-apa kecederaan pada dirinya.

   "Baiklah, Rena tenang je dulu, mandi dan rehat, esok abang kesana dan kita pergi buat laporan polis" kataku. Rena bersetuju dengan cadangan aku itu.

   Aku capai tuala mandi dan berus gigi terus ke bilik air untuk mandi. Dengan tergesa-gesa aku bersiap  awal pagi itu untuk ke rumah Rena di serdang, rumah sewa bersama beberapa orang rakannya sefakulti

   Aku bertolak ke sana dengan menaiki komuter kerana aku tidak punyai kenderaan sendiri, ambil masa beberap jam juga untuk aku tiba di sana. Dalam perjalanan,  bermacam-macam perasan timbul, bagaimana keadaan Rena ketika ini, adakah dia mengalami tekanan perasaan dan fobia selepas kejadian itu. Dalam perjalan itu juga, tidak  putus aku berdoa agar Rena tidak apa².

   "Assalamualaikum..."

   "Assalamualaikum..."  aku memberi salam beberapa kali sebelum pintu rumah dibuka.

   "Rena ada?" tanyaku kepada kawan serumah Rena sebaik pintu dibuka.

   "Ada, sekejap ye saya panggilkan dia.." jawab kawannya itu.

   " Baiklah.." jawabku ringkas.

      Aku berdiri di depan pintu rumah Rena, bersandar di dinding tepi tangga, merenung lampu tangga yang masih menyala. Fikiran masih menerawang, tak sabar untuk bertemu Rena dan melihat keadaannya. Aku takkan tenang selagi tidak melihat Rena dengan mata kepala aku sendiri.

   "Abang dah sampai... abang renung apa tu?" sapa Rena dengan manja, sapaan yang sentiasa aku rindukan.

   Lenggok nada pertuturan Rena yang membuat aku tak pernah jemu untuk mendengarnya. Sayang sekali, Rena tidak banyak bercakap, sebaliknya dia seorang pendengar yang setia. Mencelah sesekali dengan gelak ketawa, menyokong setiap percakapanku. Adakalanya memberi pendapat atau pandangan bila dirasakan perlu. 

   Mungkin Rena kehairanan melihat aku yang sedang merenung lampu di tangga itu. Aku memandang tepat ke arah Rena, melihat wajahnya yang nampak sedikit gusar. Aku tidak tahu apa yang sedang bermain di fikirannya.

   "Rena ok ke tak ni.. abang nampak macam susah hati je? tanya ku sambil mendekatinya. Rena hanya tersenyum. Namun senyumannya tidak semanis yang ku harapkan. Senyuman Rena yang berlesung pipit di kedua belah pipinya, cukup manis dan berseri, tapi tidak pada pagi itu. Mungkin masih fobia dengan kejadian malam tadi.

   "Rena ok bang.. cuma semua barang Rena dah tak ada la, termasuk henfon Rena.." jelasnya dengan nada hampa.

  "Tak apalah Rena, perkara dah nak jadi nak buat macam mana, sekarang Rena pergi bersiap, kita pergi buat laporan polis.." pinta aku agar Rena segera bersiap untuk ke balai polis yang tidak jauh dari situ. 

   "Baiklah, abang tunggu kejap tau Rena pergi bersiap".

   Rena masuk ke dalam untuk bersiap sementara aku menunggunya di luar rumahnya. Jam sudah menunjukkan pukul sembilan pagi, aku dan Rena segera ke balai polis yang tidak jauh dari situ.

   " Encik berdua, ada apa boleh saya bantu?" tanya seorang anggota polis yang bertugas di kaunter hadapan pada pagi itu sebaik sahaja melihat kami masuk seawal pagi.

   "Saya nak buat laporan tentang kejadian ragut malam tadi.." jawab Rena.

   "Siapa yang kena ragut..?" tanya anggota  itu lagi.

   "Saya.." jawab Rena ringkas

   "Encik ni siapa pula..?"

   "Saya kawan dia puan..!" jawabku pantas.

   "Di mana kejadian tu berlaku dan jam berapa..?"

   "Dekat dengan perhentian bas depan tu, lebih kurang jam 9:30 mlm tadi.." jawab Rena.

   "Berapa orang peragut semasa kejadian tu?" anggota itu meneruskan soalan untuk dapat kepastian.

   "Mereka berdua, menggunakan motorsikal, tapi saya tak pasti nombor pendaftaran motosikal tu.." jelas Rena kepada anggota berkenaan.

   Anggota polis itu mengambil keterangan daripada Rena lebih kurang tiga puluh minit. Setelah selesai membuat laporan polis, kami beredar menuju ke Medan Selera berdekatan untuk sarapan, agak lewat kami bersarapan kerana untuk selesaikan kes Rena terlebih dahulu.

   Selesai membuat laporan polis dan sarapan, kami segera ke Pejabat Pendaftaran Negara, juga tidak jauh dari situ untuk buat permohonan kad pengenalan gantian untuk Rena. Setelah semua selesai, kami pulang dengan badan yang agak penat dan keletihan.  Aku berehat di rumah Rena untuk hilangkan penat, walaupun hanya duduk di bangku kecil depan pintu rumahnya dengan menyandarkan badan ku ke dinding, aku rasa cukup nikmat beristirahat.

   "Rena pergi la mandi dulu, badan dah berpeluh tu.." gesa ku supaya Rena pergi bersihkan badan setelah seharian berurusan dalam keadaan cuaca yang panas terik. Aku masih duduk dibangku kecil itu, dengan menyandarkan kepala ke dinding, aku sempat terlelap seketika.

   "Abang... abang... abang tidur ye...!" Rena kejutkan aku dari lena diatas bangku kecil itu.

   "Er.. er.. ya Rena, terlelap pula.." jawabku.

   "Abang bukan terlelap lg tau, abang lena, berdengkur lagi tu.." jelas Rena yang tidak berpuas hati dengan jawapan aku sebentar tadi. 

   "Iye ke, penat agaknya.. Rena dah siap mandi? patut la Abang bau wangi je ni...!" aku cuba mengalihkan perhatian Rena dengan menukar topik. 

   "Kesian abang, penat temankan Rena seharian.." Rena cuba tunjukkan rasa simpatinya terhadap aku.

   "Tak ada apa la Rena, buah hati abang yang comel ni mesti la abang tolong" jelasku

   "Atau Rena ada boyfriend lain..?" aku cuba menduga.

   "Ishhh..! mana ada, abang ni.. Rena ada abang seorang je tau.." tingkah Rena pantas menafikan.

   "Rena ni.. abang gurau je la, tu pun nak serius..." aku cuba nyatakan niat aku hanya bergurau dengannya.

   Riak air muka Rena berubah dengan gurauan aku tu, aku tidak berniat pun untuk mengguriskan hatinya. Aku juga menyayangi Rena sebagaimana dia menyayangiku. 

   "Sayang.. maafkan abang..!" pintaku

   "Abang tak berniat pun nak guriskan hati Rena, abang gurau je, abang sayang Rena tau, sangat²..!" aku cuba menjelaskan maksudku yang sebenar.

   Berkali-kali aku cuba pujuk Rena, namun riak wajahnya tetap menunjukkan rasa terkilan dengan gurauan aku itu. Aku mengerti, aku benar-benar memahami perasaan Rena. Waktu itu sudah hampir senja, aku sudah mula buntu, bagaimana lagi harus ku pujuk buah hati aku yang manja ni.

   "Apa kata abang belanja Sayang makan malam ni..!" tetiba perkataan sayang tu terkeluar dari bibirku. Rena tersenyum kecil, barangkali dapat menangkap panggilan sayang yang terungkap dari bibirku sebentar tadi. 

   Pada awalnya aku berniat nak balik lebih awal, nampaknya kena balik lewat juga la hari ni. Tapi aku tak kisah balik lambat pun, lebih banyak masa aku boleh bersama Rena.

   Selesai makan malam, aku menghantar Rena pulang kerumahnya. Riak wajahnya sedikit ceria. Aku tahu, masih ada sedikit rasa terkilan dihatinya. Aku biarkan saja, aku beri ruang untuk dia maafkan aku.

   "Sayang.. abang balik dulu tau, abang minta maaf pasal tadi tu..! sekali lagi aku memohon maaf dengan ungkapan sayang. Aku sengaja mengulangi ungkapan itu barangkali dapat menyejukkan sedikit hatinya.

   "Abang ni.. Rena tak nak abang cakap macam tu lagi..! luah Rena. Aku ikutkan sahaja apa yang dia inginkan.

   "Ok lah.. abang janji tak akan ulanginya lagi..! balas ku memberi janji pada Rena.

   "Janji tau!" ulanginya lagi

   "Ye, abang janji! tegasku.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Featured Post

BELA KUCING... HALAL ATAU HARAM?

  BELA KUCING... HALAL ATAU HARAM? Satu situasi yang sudah bermula lama dulu, dan ini berlaku dimana²...namun belum nampak jalan pengakhiran...