Luah seorang isteri di media sosial, beliau seorang suri rumah, dah lima tahun berkahwin tapi belum ada rezeki anak. Suaminya seorang yang sangat baik, beragama dan tak pernah culas memberi nafkah, setiap bulan RM8K. Beliau sangat gembira dan tenang hatinya dengan kebaikan hati suaminya selama ini.
Gambar Hiasan |
Sepenuh kepercayaan diberikan kepada suaminya, tidak pernah mengesyaki apa-apa dan tidak nampak sebarang kelainan pada sikap suaminya sehingga suatu hari dia mengetahui yang suaminya punyai isteri baru.
Ramai juga yang tinggalkan komentar dibawah hantaran berkenaan. Ramai juga yang positif memberi pandangan agar rumahtangga wanita itu diteruskan saja.
Setiap kali isu poligami ini di timbulkan, rata-rata persoalkn tentang hak dan keadilan. Hak siapa sebenarnya? Keadilan yang bagaimana? Adakah hak dan keadilan ini hanya terpakai keatas wanita sahaja?
Semua persoalan itu hanya diri sendiri yang tahu jawapannya. Jujur pada diri, jujur pada hati. Hakikat hanya diri yang tahu kemampuan, redha dan ikhlas menerima ketentuan. Timbang dengan iman dan taqwa.
Kisah wanita itu, tiada jawapan yang diketahui orang lain. Hanya dia yang tahu.
Bagaimanapun ramai pengikut dia medsos beliau memberi pandangan yang positif. Tidak dinafikan bahu yang memikul lebih terasa beratnya dari mata yang melihat beban itu.
Manis tidak terasa tanpa dikecapi, pahit jangan diluah tanpa mengecapi.
Semoga wanita itu berbahagia dengan pilihanya sendiri. Hak dan adil itu datang bersama redha. Hidup berpasangan saling menghargai, masing-masing punyai hak yang perlu dihormati.
No comments:
Post a Comment