Tuesday, January 2, 2024

Pengebumian jenazah orang laut tidak sama orang darat

Gambar Hiasan

 31 Dec 2023


Kembalinya ke rahmatulLAH seorang ahli keluarga (sebelah wife) pada pagi yang tenang, "perginya" juga dalam keadaan yang tenang. 

Kebetulan (memang nk datang melawat pagi tu sebab beliau baru keluar wad malam hari sebelumnya) tiba di rumahnya pada jam 9 pagi, beliau menghembuskan nafas

terakhir pada jam 9:15 pagi di depan mata.

Apapun aku selesaikan urusan aku sejurus selepas itu dan kembali ke rumah beliau sesudah selesai urusan. Bantu anak²nya uruskan mana yang patut sehingga ke tanah perkuburan.

Apa yang mengujakan aku sebagai pengalaman baru buat aku...

Selalunya kuburan adalah tanah padat (betul² tanah). Ini kali pertama menyertai urusan pengebumian di tanah pasir (pasir pantai). Urusannya agak sukar berbanding dengan urusan pengebumian di tanah padat.

Kubur di tanah pasir lebih luas dan lebih dalam kerana sebagai "bbasi" jika tanah runtuh semasa menurunkan jenazah dan kepadatan timbusan tanah selepas pengebumian selesai. 

Lahad?

Tidak seperti di tanah padat, dibuat dari kayu (kotak seperti keranda) segala kedudukan jenazah diuruskan di dalam kotak berkenaan. 

Jenazah diturunkan menggunakan tali kerana orang ramai tidak boleh menghampiri ke pinggir liang kubur, tanah pasir akan runtuh dan menyukarkan dan melambatkan proses pengebumian.

Jenazah di tanam bersama kotak berkenaan

انا لله وانا اليه راجعون...... اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh-NYA

No comments:

Post a Comment

Featured Post

APARTMENT UNTUK DIJUAL - PUNCAK ALAM

 🏢 APARTMENT UNTUK DIJUAL - PUNCAK ALAM 🏢 🚨 HARGA MAMPU MILIK: RM200,000 (Boleh Nego!) 🚨 Maklumat Hartanah: 📍 Lokasi: Cindai 3-13, Jala...