Wednesday, January 10, 2024

Masalah dalam marketing ni sama je dengan masalah dalam apa-apa urusan lain..

Gambar hiasan

     Sebenarnya masalah dalam marketing sama dengan masalah yang kita hadapi dalam buat apa-apa perkara sekali pun. Masa kita buat sesuatu perkara dan menjadi, maka kita akan rasa gembira. Begitu juga sebaliknya, bila kita buat sesuatu perkara dan tak menjadi sudah pasti kita akan rasa down.

    Sebenarnya inilah masalah, dimana kita buat kerja bergantung kepada mood semasa. Marketing ni sama macam disiplin lain, ia perlu di pisahkan dari emosi. Ia bukan dibuat ketika kita rasa nak buat, dan berhenti ketika kita rasa kita tak perlu buat.

    Marketing kena rancang dan tentukan kaedah macamana yang nak buat. Sudah pasti kena target apa yang nak dicapai pada setiap masa, tidak kira samada pada masa tu

marketing berkenaan sedang menjadi ataupun sebaliknya, ataupun keadaan ekonomi tidak stabil pada masa tu.

    Buat marketing ni kalau nak berjaya kena layan sama sebagaimana kita melayan solat 5 waktu, iaitu ia dilakukan mengikut masa dan aturan yang tetap, paling penting ikut intensiti pada setiap masa... tak kiralah samada kita sakit ataupun kita sedang berhadapan dengan masalah besar atau kegembiraan besar.

    Apa juga kondisi kita pada masa tu, ia tetap kena lakukan sedemikian. Umpamanya, kita tak boleh solat zohor 8 rakaat sebab kita happy, atau kita tak boleh solat magrib 1 rakaat sebab kita ditmpa kesedihan. Macamana pun keadaannya, ia tetap kena lakukan sepertimana yang telah ditentukan dan ia patut dilakukan seperti selalu. 


Sekian.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Cara Profesional Menangani Penolakan dengan Alasan Harga Mahal

 Cara Profesional Menangani Penolakan dengan Alasan Harga Mahal "Produk ini mahal" adalah antara alasan paling kerap diterima oleh...