Gambar Hiasan |
Satu lagi kefahaman yang aku nak kongsikan di sini. Kefahaman ni perlu ada oleh setiap orang jika nak buat bisnes dengan hasil yang berganda dan tidak terlalu memberi tekanan.
STACKING... satu perkara yang kita perlu faham dan mahir dalam menguasainya. Ia bermaksud menimpakan keatas sesuatu yang sebelumnya.
Bila seseorang ada kemahiran ini, maka ia akan lebih mudah untuk mencapai result. Lebih formal konsep ini dikebali sebagai COMPOUNDING.
Kita perlu sentiasa berusaha mencari kaedah bagaimana untuk Stack and
Compound, kaedah ni akan membuatkan kerja kita menjadi lebih mudah dan teratur, apa yang paling penting ialah hasilnya akan jadi lebih berganda, tetapi ia diperolehi dengan keadaan yang lebih ringan.Sebagai contoh, membina satu pendapatan melalui menjual produk kecantikan wajah seperti serum. Katakan hari ni kita jual satu produk kecantikan tersebut kepada segolongan manusia dalam kategori yang tertentu, contohnya wanita berumur 35-60 tahun dan sudah berkahwin. Katakan ini peringkat paling awal dan kita bermula dari kosong belum kita ada apa-apa lagi.
Dalam keadaan ini kita akan melaburkan dan mengorbankan banyak masa, wang dan tenaga untuk mendapatkan jualan.
- kita akan buat content,
- kita akan beli keperluan,
- kita akan run ads,
- kita akan gaji orang
- kita akan tak tidur malam
- kita akan bayar coach untuk belajar
- dan macam macam lagi yang kita akan buat
Pada permulaannya memang banyak belanja yang perlu kita keluarkan, dalam masa yang sama banyak juga jualan yang kita akan buat.
Tidak dinafikan, ada juga yang buat jualan hanya sedikit walaupun sudah banyak belanja dikeluarkan beberapa perkara diatas.
Sebenarnya orang yang berjaya dengan orang yang tidak berjaya buat benda yang sama pada peringkat awal, cuma yang berbeza orang berjaya, mereka tahu dan faham dimana perlu beri fokus yang betul pada masa dia melaksanakannya, manakala orang yang gagal tidak konsisten dalam memberi fokus.
Orang yang berjaya selalunya fokus kepada membina aset bisnes. manakala orang yang sentiasa struggle tidak akan fokus kepada mendapatkan jualan.
Kedua-duanya adalah aktiviti mendapatkan jualan, tetapi orang yang struggle meletakkan jualan sebagai matlamat utama, sedangkan orang yang sukses meletakkan pembinaan aset bisnes sebagai matlamat utama.
Kennapa orang yang fokus kepada jualan semata-mata akan struggle?
Sebab jualan yang mereka dapat tu tidak boleh stack and compound sebab jualan yang mereka dapat hari ni tak akan memudahkan jualan di masa depan.
Jadi ramai antara kita yang gembira bila dapat jualan, dan sedih bila tak dapat jualan. Ini adalah kerana mereka nampak jualan sebagai matlamat akhir.
Bagi seseorang yang lebih celik dan bijakengatur langkah, dia tahu apa yang dia nak capai dengan membuat jualan.
- mungkin dia nak bina brand company dia
- mungkin dia nak bina database pelanggan dia
- mungkin dia nak bina chatbot closing dia
- mungkin dia nak bina ecommerce store dia
- mungkin dia nak bina email list dia
- mungkin dia nak bina team finance dia
Semua ini dan banyak lagi adalah aset bisnes yang memerlukan kita keluarkan modal untuk membinanya. Modal yang digunakan untuk membinanya adalah wang yang diperolehi dari pembeli kita yang telah membuat bayaran (membeli).
Apa akan jadi bila kita ada aset bisnes? Kita boleh stack and compound usaha kita atas aset bisnes yang telah kita bina?
Hasilnya, usaha kita akan jadi lebih mudah, pada masa yang sama hasil akan jadi lebih lumayan berbanding dengan orang yang kerjanya membina jualan dan tidak melakukan aktiviti stack and compound - kerja mereka akan jadi lebih berat dan susah dengan hasil yang lebih kecil.
Baiklah.. sambung seterusnya!
Katakan kita jual produk penjagaan kulit kepada wanita berumur 35-60 tahun dan kita mesti memperkenalkan brand diri (personal brand) atau bisnes kita kepada mereka.
Aktiviti memperkenalkan brand bisnes kepada prospek atau pelanggan adalah satu aktiviti yang kita sedang buat untuk stack and compound.
Create awareness bagi memastikan jenama brand kita sentiasa bermain dalam kepala mereka. Gunakan interaksi yang menarik perhatian mereka dalam membina awareness tersebut.
Lama kelamaan makin ramai orang akan jadi prospek kita dan seterusnya jadi pelanggan. Disebabkan kita berusaha memastikan brand kita dikenali ramai, maka semua pelanggan dan prospek akan mengenali brand kita.
Satu perkara yang sangat penting!
Katakan selepas 2 tahun kita ada:
- 30,000 pelanggan
- 150,000 prospek
Kesemua mereka mengenali brand kita, maka kita sudah ada 180,000 orang yang mengenali kita.
Daripada 180,000 orang yang mengenali kita, mungkin 50,000 percaya kepada kita. Mereka inilah 50,000 pelanggan yang akan sentiasa membeli dan membeli produk kita.
Untuk membolehkan kita:
1. mengumpul mereka
2. meyakinkan mereka
3. menyimpan maklumat mereka
4. menghantar mesej tawaran kepada mereka
Terlebih dahulu kita kena belajar pelbagai kemahiran lain seperti email, whatasapp automation, paid ads, nurturing strategies dan berbagai lagi.
Bagaimanapun semua skill ini bukanlah skill utama, Ia merupakan skill yang akan boleh bawa kejayaan besar kepada kita kalau kita mampu Stack and Compound kerja kerja kita sebelum ini.
Dengan 50,000 orang yang percaya kepada kita, mungkin 5% akan membeli dari kita setiap kali kita memperkenalkan sesuatu yang baru kepada mereka.
5% ini bersamaan dengan 2500 orang. kalau satu jualan bawa untung RM50 bersih - maka untung kita sudah pun mengumpul RM750,000,
Tapi kita tak akan dapat jumlah revenue diatas sekiranya 180,000 orang yang kita usahakan untuk menjual kepada mereka akan tetapi tak sampai 50,000 orang yang kenal dan percaya pada kita.
Ramai pendiri bisnes menghadapi masalah kerana mereka sentiasa start fresh. Maksudnya nak buat apa apa dia mula balik dari kosong. Tapi kerja kerja mereka yang lama dulu mereka dah tak sambung dengan berbagai alasan. Antaranya mereka cakap database dah mati, bisnes tu dah tak boleh pergi, dan macam-macam alasan lagi. Bila demikian mereka ambil langkah untuk menutup bisnes mereka dan mula balik dari kosong.
Ramai antara kita bertindak seperti ini, sentiasa start balik dari kosong, tak dapat pergi jauh kerana kita tidak ada benda yang kita stack dan compound, orang lain bermula pada tingkat ke 10 sebab dia mula stacking semenjak mula meniaga. Padahal kita mula berniaga lebih awal dari dia...tapi kita tak pernah stacking.
Akibatnya setiap kali kita buat kerja... kita mula dari ground floor. Dan kita hairan bagaimana dia boleh maju sedangkan kita kerja lagi kuat dan kita lagi pandai dari dia?
Sebenarnya kita tak perlu terlalu pandai, kita hanya perlu stack dan compound kerja kita.
JOM SUCCESS!!
Kredit: PotNik
No comments:
Post a Comment